MaSteRyiE LiFe..

"Tanpa Keberanian, Mimpi Tak Bermakna"

Aku, Man U dan Qlate

Haa.. jangan tak tau. aku ni died hard fan Manchester United. Sian bini aku terpaksa teman aku tido depan TV sebab aku tunggu nak tengok Live Man Utd. Bangun pukul 2, 3 pagi pun aku sanggup kalau team kesayangan aku ni main. Kekalahan terbaru Man Utd pada Liverpool buat aku kecewa sikit. Tapi tu adat pertandingan lah... ader menang ader kalah.. hehehe


Pasukan Liga M negeri kelahiran aku, Qlate pun aku support. ingat dulu mase aku dok Kg. sanggup pegi tengok kat stadium malam2 wpun jarak umah aku ke stadium ader la dlm 1 jam bawak keta. Mase tu aku x kenal lagi belaga. Ape lagi hazizal Ayam, Fik dadi atau Zul Katek. hahaha.. Sabtu ni kelate lwn semi final kedua di kangar dengan Perlis dengan bekalan selesa lepas menang 2-0 di KB ari tu..

Gomo Kelate Gomo...

Aku dan Belaga


Askum,

Untuk permulaan ni aku nak cerita serba sedikitlah tentang diri aku. 29 Julai 1980, genap umor aku 29 tahun. Pejam celik-pejam celik. Sekejap je masa berlalu. Kehidupan aku tahun ni dah x sama macam sebelum ni. Aku bukan lagi bujang mcm dulu. Boleh kuar sesuka hati. Balik lewat mlm. Hang out ngan member. Aku sekarang dah ader komitmen yang lebih penting, aku dah ada Permaisuri yang perlu aku jaga. Dan sedang menanti dengan penuh debar kehadiran "Orang Baru" tahun depan.

Tahun ni tahun kedua aku bertugas di Belaga. Macam mana Belaga? bagi aku ok je.. life kat cni sgt tenang. releks je. Mungkin sebab jauh dari bandar. Mula2 sampai dulu mak datuk. Jauh giler. Terkenang time aku mula2 posting cni. Time tu Hasrul dan Nora (bini hasrul) gi mbik aku and the geng di Sibu. Sampai2 je di airport ader muke 2 orang ni. Terus bawak g bandar Sibu. Kena bermalam plak situ. Aduh, Hasrul cakap kena naik bot 8 jam awal pagi esoknya. Mak datuk. Jauh giler nye aku rase.

Masa perjalanan tu, aku n the geng tak henti2 dok tanye Hasrul. bile nak sampai ni. Hasrul dengan muka selamber cakap ada line nanti nak dekat sampai la tu. Aku tak tahan sejuk atas bot. selimut dalam beg aku wat kuar. Tutup body aku ni. Time tu aku rasakan jauh giler belaga ni. Memang pedalamanlah. Tapi aku and the geng lega sangat bila kehadiran kami disambut dengan tangan terbuka oleh cegu2 yang dah lama bertugas disini.

Nak adapt duduk kat cni. mbik masa jugak. Nasib baik lah ada jugak line tepon... boleh jugak call ore kampung kongsi citer... sebagai junior aku diletak umah geng Ayam (Gja, Zul n Mawi). mula2 skema2 jugak. upenye geng2 yang dok umah tu geng hantu fighter. Ore Qlate kate "POK TOLOL".. hahaha... Mulai saat tu.. bermulalah kehidupan di Belaga...

to be continue....

AboUt Me

Name aku Fakhri, umur 35 tahun. Asal Machang Kelantan. Sekarang bertugas di Pandan Indah. Nak tau lagi. baca sendiri.. hehehe

The Geng